Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Thursday, 15 March 2012

Pengenalan Sekolah: Lencana SRA Bandar Malawati

Lambang ataupun logo di atas merupakan logo yang digunapakai sebagai lencana Sekolah Rendah Agama Bandar Malawati. Logo ini telah bermula secara rasminya pada tahun 2002 apabila Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Integrasi Saidina Hamzah Tanjung Keramat Kuala Selangor dengan rasminya dinaiktaraf menjadi Sekolah Rendah Agama Bandar Malawati Kuala Selangor pada tahun yang sama. Lencana sekolah ini telah  di reka bentuknya oleh Ustaz Razak Bin Arbain, guru besar yang pertama dilantik ke sekolah ini bersama dengan guru-gurunya. InsyaAllah, sejarah sekolah ini akan muatkan dalam entri yang akan datang.

 Keterangan berkenaan logo ataupun lambang sekolah ini adalah seperti berikut.

Bulan (sabit), Bintang Dan Bumi (bergarisan berwarna hijau) -
membawa maksud Agama Islam yang berkembang dalam satu putaran bumi dimana dapat membentuk sahsiah dan perilaku murid yang baik.

Tangan Bersalam (didalam Bumi) -
membawa maksud membina ukhuwah yang baik dan mesra diantara murid, guru dan ibubapa.

Al-Quran (ditengah-tengah Bumi) -
membawa maksud pegangan hidup setiap muslim.

Perkataan اقراء -
membawa maksud 'bacalah' merujuk kepada murid agar sentiasa belajar dan membaca al-Quran sebagai penambahan ilmu di dunia dan akhirat. 


Warna Merah
melambangkan keberanian menempuh segala cabaran.


Warna Hijau
melambangkan kesucian agama yang perlu ada dalam setiap warga sekolah.


Warna Kuning
melambangkan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

No comments:

Post a Comment