Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Thursday, 15 March 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland



SRA Bandar Malawati akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland pada 28 Mei 2012. Lawatan ini terbuka kepada semua murid tahap dua tidak seperti sebelum ini yang mana lawatan sambil belajar diadakan sebanyak 2 kali iaitu lawatan pengawas dan lawatan murid biasa. 

Secara ringkas aturcara lawatan ialah peserta akan berkumpul pada pukul 12 pagi hari Isnin 28 Mei 2012 dan bas akan bertolak setengah jam selepas itu. Bas dijangka sampai ke destinasi pada pukul 5 pagi di Masjid Tanah Rata Cameron Highland. Murid-murid boleh membuat persiapan diri seperti mandi, solat dan sebagainya.

Masjid Abubakar Tanah Rata Cameron

Keterangan lanjut akan diupload di entri selanjutnya. Tungguuuuuu. Editor nak bersiap untuk solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment