Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Wednesday, 21 March 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland (Sambungan....)

Mohon maaf kepada semua pengikut setia Blog SRA Bandar Malawati di atas kelewatan mengemaskini entri "Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland". Maklumlah agak sibuk kebelakangan ini, diburukkan lagi dengan server yang tidak begitu membantu (masalah line tak clear), menyebabkan kerja mengemaskini tertangguh beberapa kali.

Oklah, dalam entri yang lepas rancangan aturcara lawatan terhenti di Masjid Tanah Rata. Selepas selesai solat dan persiapan diri di Masjid tersebut rombongan akan dibawa melawat ke satu tempat dinamakan Agro Technology MARDI Cameron Highland. 


Agro Tecnology ini merupakan Pusat Penyelidikan MARDI untuk tanaman komersial seperti strawberry, teh , bunga-bungaan, sayur-sayuran dan sebagainya. Selain itu tempat ini juga menyediakan resort dan kafeteria. Rombongan juga akan bersarapan pagi disitu. 


Resort Agro Technology MARDI

Bahagian hadapan

Galeri Bunga-bungaan


Galeri Buah-buahan
Galeri Sayur-Sayuran

Setelah itu rombongan akan di bawa ke Ladang Teh, Ladang Strawberry dan Pasar Tani di sana. Peserta rombongan juga boleh membeli buahtangan ketika melawati ladang-ladang ini. 









No comments:

Post a Comment