Bermula pada sesi persekolahan semester kedua bagi penggal yang pertama iaitu 19 Mac 2012 sebahagian Jalan Semarak bermula dari persimpangan Tunas Harapan hinggalah ke persimpangan ke Taman Desiran/ Jalan Stadium akan dijadikan sebagai jalan sehala dari jam 5 petang hingga 6.30 petang semasa sesi persekolahan. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor susulan dari permohonan pihak sekolah dan PIBG untuk tujuan tersebut.
Ini disebabkan keadaan yang tidak terkawal oleh lalulintas yang ingin mengambil anak diakhir sesi pembelajaran harian. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini pihak sekolah dan PIBG mengambil inisiatif memohon jalan tersebut untuk dijadikan jalan sehala. Ini juga merupakan salah satu usul yang pernah dikemukakan dalam Mesyuarat Agong PIBG sebelum ini.
Walaubagaimanapun arahan ini masih diperingkat percubaan. Kepada ibubapa/penjaga mahupun orang awam yang mempunyai sebarang cadangan berhubung perkara ini bolehlah dikemukakan secara rasmi ke pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor bermula 19 Mac 2012 hingga 09 April 2012.
No comments:
Post a Comment