Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Saturday, 31 March 2012

Mesyuarat Agong PIBG ke 10 SRA Bandar Malawati 2012

31 Mac 2012- Persatuan Ibubapa Dan Guru PIBG SRA Bandar Malawati telah mengadakan Mesyuarat Agongnya yang ke 10 tahun 2012 di Dewan Sementara sekolah. Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan sarapan pagi.



Juru Acara majlis pada kali ini ialah Ustazah Saaidah Binti Mohamed. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Shamsul Imraq Bin Sani, AJK PIBG SRA Bandar Malawati diikuti oleh ucapan dari Yang Dipertua PIBG Encik Lokman Bin Salam, Penasihat PIBG Ustazah Asmah Binti Hassim. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Nasrul Hadi Bin Rohani, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor. 

 Ucapan Pengacara Majlis dan Bacaan Doa

 Ucapan Yang Dipertua PIBG
 Ucapan Penasihat

Ucapan Perasmian Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor

Update seterusnya akan menyusul kemudian.

2 comments:

  1. Jam berapa mesyuarat sebenarnya bermula? Ada tuan tepati masa? Hujan boleh jadi alasan kelewatan?

    Ingatan buat tetuan di SRA mahupun JAIS, akan intipatinya. Tetamu anda ialah ibu-bapa. Dijemput untuk bermesyuarah bukan santai bersarapan. Tidak untuk mendengar ucapan pelbagai, bukan ada perlu kepada Tuan perasmi. Hormatilah kami yang punya urusan lain , buatlah acara yang tepat pada masa, memenuhi matlamat dan tujuan.

    Kalau kedatangan ibubapa tetuan tak dapat tunjukkan, kerana kurang sambutan tentu ada masalah. Fikirlah. Gambar-gambar itu semua, syok sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas teguran. InsyaAllah akan diperbaiki

    ReplyDelete