31 Mac 2012- Persatuan Ibubapa Dan Guru PIBG SRA Bandar Malawati telah mengadakan Mesyuarat Agongnya yang ke 10 tahun 2012 di Dewan Sementara sekolah. Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan sarapan pagi.
Juru Acara majlis pada kali ini ialah Ustazah Saaidah Binti Mohamed. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Shamsul Imraq Bin Sani, AJK PIBG SRA Bandar Malawati diikuti oleh ucapan dari Yang Dipertua PIBG Encik Lokman Bin Salam, Penasihat PIBG Ustazah Asmah Binti Hassim. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Nasrul Hadi Bin Rohani, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor.
Ucapan Pengacara Majlis dan Bacaan Doa
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Ucapan Penasihat
Ucapan Perasmian Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor
Update seterusnya akan menyusul kemudian.