SRA Seri Tiram Jaya, 16 Mac 2013.
SRA Bandar Malawati sekali lagi meneruskan kecemerlangannya pada tahun ini menyamai rekod tahun lepas apabila menggondol juara keseluruhan diantara 13 sekolah yang bertanding dalam Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon Tengah yang diadakan pada 16 Mac 2013 bertempat di SRA Seri Tiram Jaya Tanjung Karang.
Sekolah telah menghantar peserta kesemua acara yang dipertandingkan dan menepati ramalan awal apabila beberapa acara yang 'favorite' telah dimenangi oleh sekolah. Antaranya adalah seperti acara bercerita kisah dari al-Quran, solat jenazah, muhawarah, nasyid, pidato, khat, kalam jamaie dan azan iqamah. Program telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Ustaz Mohd Don Bin Raban.
Kejayaan ini juga mengulangi kejayaan sekolah tahun lepas yang menjadi sekolah terbaik pada Program Kemahiran Amal Islami Kumpulan 1 di SRA Sungai Tengi Kanan tahun lepas. Sekolah akan meneruskan kempen KAMIL ini keperingkat daerah pada 14 April 2013 yang mana sekolah akan menjadi tuan rumah bagi acara berprestij tahunan bagi sekolah-sekolah rendah agama dan KAFAi pada tahun ini.
hebat sekolahku
ReplyDeleteHebat.... InsyaAllah...
ReplyDelete