Kuala Selangor 13 April,
Esok merupakan hari penentuan kepada semua sekolah-sekolah rendah agama dan KAFA integrasi yang telah melayakkan diri ke peringkat daerah selepas memenangi acara masing-masing di Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat zon sebelum ini. Sebanyak 4 zon yang akan bertanding iaitu zon Utara, Selatan, Timur dan Tengah.
Zon Utara merangkumi sekolah-sekolah rendah agama dan KAFAI yang berada di Parit 4 Sekinchan hingga ke Sungai Tengi Kanan Tanjung Karang. Manakala Zon Tengah bermula dari Blok P Sawah Sempadan hingga Bandar Malawati Kuala Selangor. Zon Selatan pula dari Assam Jawa hingga ke Bukit Kerayong. Manakala Zon Timur bermula dari Kampung Pasangan hingga ke Bandar Saujana Utama.
SRA Bandar Malawati akan menjadi tuan rumah KAMIL Peringkat Daerah untuk pertama kalinya sejak sekolah ini ditubuhkan dari pengurusan KAFA pada 1996 sebelum dinaiktaraf kepada SRA pada 2002. Untuk rekod SRA Bandar Malawati pernah menjadi tuan rumah peringkat Zon Tengah pada 2003. Majlis akan disempurnakan oleh yang berbahagia Tuan Haji Mohammad Amir Bin Haji Danuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam Daerah Kuala Selangor.
SRA Bandar Malawati sekali lagi cuba mengulangi kejayaan pada tahun lepas apabila menjadi johan keseluruhan program KAMIL Daerah di SRA Bukit Badong. Semua ibubapa penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
No comments:
Post a Comment