01 Januari 2013, SRA Bandar Malawati telah membuka sesi pembayaran yuran dan pembelian buku latihan dan buku kerja. Seperti kelaziman tahun lepas Sekolah telah membuka kaunter pembayaran yuran di Dewan Sementara SRA Bandar Malawati sebagai satu langkah memudahkan ibubapa yang tidak dapat bercuti di hari pertama persekolahan untuk membuat permbayaran yuran dan buku dapat berbuat demikian di waktu cuti umum tahun baru 2013.
Tahun ini juga pihak sekolah turut membekalkan terus buku tulis dan buku kerja setelah selesai pembayaran yuran. Ini merupakan penambahbaikan sekolah untuk membekalkan terus buku-buku kepada murid bagi memudahkan sesi pembelajaran 2013. Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi rungutan kelewatan buku atau keciciran mendapat buku dan sebagainya.
Gambar di atas merupakan kaunter yang paling meriah iaitu kaunter untuk darjah 1. Sejak awal kaunter dibuka kaunter darjah 1 dilihat penuh dengan ibubapa yang nak membuat pembayaran. Keadaan ini mungkin disebabkan keterujaan ibubapa menghadapi anak mereka yang akan memulakan persekolahan mereka di darjah 1.
Antara kaunter yang turut dibuka ialah kaunter kelas Iqra' dan Al-Quran oleh Ustazah Hajjah Masinah Binti Manap. Kelas tersebut merupakan satu aktiviti selepas waktu persekolahan pada pukul 5.35 petang hingga pukul 6.00 petang. Kantin juga turut dibuka pada hari ini memandangkan ramai ibubapa yang membawa anak-anak mereka ke sekolah supaya memudahkan mereka membeli makanan tanpa perlu tergesa-gesa balik sekiranya masih tidak bersarapan.
Untuk makluman ibubapa penjaga, pendaftaran darjah 1 setakat semalam telahpun mencapai ke 145 orang murid. Dikhuatiri untuk esok kemungkinan sekolah tidak dapat lagi mnerima kemasukan murid darjah 1 memandang bilangan murid 1 kelas telahpun mencapai 45 orang murid untuk satu kelas. Untuk makluman kelas darjah 1 yang dibuka adalah sebanyak 3 kelas.