Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Wednesday, 21 November 2012

Tarikh Tutup Penghantaran Borang Permohonan Tingkatan 1

Makluman kepada semua ibubapa dan  murid darjah 6 yang telah menyerahkan borang permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Jeram (SAM Jeram), Maahad Tahfiz Sains (MITS) dan BESTARI (SABK Bestari) sila hantarkan sesalinan keputusan UPSR yang telah siap disahkan kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 22 November 2012 jam 12 tengahari. 

Kelewatan berbuat demikian akan menyebabkan borang tersebut tidak dapat diproses dan anak anda mungkin tidak dapat dimasukkan ke dalam senarai penempatan sekolah menengah tersebut. Pihak sekolah  tidak akan bertanggungjawab sekiranya permohonan tersebut ditolak hanya kerana gagal menyertakan salinan slip UPSR. Kerjasama dari ibubapa dipohon agar segera berbuat demikian untuk melancarkan proses. 

Untuk makluman borang akan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Unit Pendidikan sebelum ianya dihantar ke JAIS untuk tujuan proses penempatan. Calon-calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat yang akan dihantar ke sekolah sebelum sesi 2013 bermula. 

No comments:

Post a Comment