Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Friday, 23 November 2012

Borang Rayuan Tingkatan 1 SAM Jeram dan Tg. Karang

Untuk makluman ibubapa/penjaga, dan juga murid-murid darjah 6 2012 khususnya, calon-calon yang mendapat keputusan PSRA 79 % ke bawah dengan UPSR 4A ke bawah anda dikehendaki mengisi borang Rayuan Tingkatan 1 yang baru dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Unit Pendidikan. Borang tersebut hendaklah diisi dalam 2 salinan berserta lampiran salinan PSRA, UPSR, Kad Pengenalan pemohonan, ibu dan bapa. Tarikh tutup rayuan adalah pada 31 Januari 2013. 

Borang tersebut boleh didapati di sekolah atau pergi sendiri ke pejabat agama daerah kuala selangor unit pendidikan. Bersama ini juga ada dilampirkan borang tersebut. Boleh digunakan cuma dikhuatiri kurang terang.


Wednesday, 21 November 2012

Tarikh Tutup Penghantaran Borang Permohonan Tingkatan 1

Makluman kepada semua ibubapa dan  murid darjah 6 yang telah menyerahkan borang permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Jeram (SAM Jeram), Maahad Tahfiz Sains (MITS) dan BESTARI (SABK Bestari) sila hantarkan sesalinan keputusan UPSR yang telah siap disahkan kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 22 November 2012 jam 12 tengahari. 

Kelewatan berbuat demikian akan menyebabkan borang tersebut tidak dapat diproses dan anak anda mungkin tidak dapat dimasukkan ke dalam senarai penempatan sekolah menengah tersebut. Pihak sekolah  tidak akan bertanggungjawab sekiranya permohonan tersebut ditolak hanya kerana gagal menyertakan salinan slip UPSR. Kerjasama dari ibubapa dipohon agar segera berbuat demikian untuk melancarkan proses. 

Untuk makluman borang akan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Unit Pendidikan sebelum ianya dihantar ke JAIS untuk tujuan proses penempatan. Calon-calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat yang akan dihantar ke sekolah sebelum sesi 2013 bermula. 

Monday, 12 November 2012

PSRA 2012 Telah Diumumkan.

Keputusan peperiksaan PSRA telah diumumkan dan tidak terkecuali SRA Bandar Malawati. Secara keseluruhan ada sedikit penurunan dari keputusan tahun ini berbanding tahun lepas yang mana sekolah mendapat 76.4% berbanding tahun lepas 80.6%. Berikut adalah analisa ringkas PSRA 2012.

Peratus keseluruhan mengikut pangkat

Peratus lulus

Walaubagaimanapun peratus yang mendapat maqbul meningkat dari tahun lepas dan dari segi angka ianya tidak jauh berbeza dari tahun lepas. Apapun terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program suntikan kecemerlangan PSRA sepanjang tahun 2012. Sekolah berazam untuk memperbaiki pencapaian ini di tahun hadapan.