Pada hari khamis (06 Sept 2012) yang lepas, Guru Besar SRA Bandar Malawati Puan Asmah Binti Hassim telah dimasukkan ke hospital Klang kerana menghidapi jangkitan pada hempedu. Beliau yang pada hari tersebut hadir bertugas di sekolah mengadu sakit sebelum dikejarkan ke hospital. Walaubagaimanapun difahamkan pada laporan ini ditulis beliau sudah semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dari hospital. Mudahan-mudahan beliau akan segera sembuh dan dapat menyambung tugas seperti biasa.
No comments:
Post a Comment