Sempena Ramadhan Al-Mubaraq ini Unit Ko-Kurikulum SRA Bandar Malawati akan mengadakan Program Tadarus Al-Quran bagi murid-murid tahap 2. Manakala untuk guru-guru juga diadakan Program Tadarus, khatam Al-Quran dan Solat Hajat. Program ini diadakan bertujuan untuk mengambil peluang di dalam keberkatan bulan Ramadhan ini agar ianya diisi dengan pelbagai program kerohanian selaras dengan kehendak dan perintah Allah yang memerintahkan hambanya menunaikan ibadah dengan penuh keimanan dan keinsafan.
Mudah-mudahan usaha ini akan menyemarakkan lagi keimanan kita dalam menghadapi bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
No comments:
Post a Comment