Mesyuarat PIBG SRA Bandar Malawati yang lalu telah meluluskan satu usul iaitu usul untuk mengeluarkan surat edaran untuk memohon sumbangan pembelian PA Sistem bagi kegunaan sekolah di masa akan datang. Oleh itu pihak sekolah pada 16 April 2012 yang lalu telah mengeluarkan satu surat kepada ibubapa penjaga untuk tujuan tersebut. Di dalam surat tersebut ada menyatakan anggaran perbelanjaan pembelian PA Sistem tersebut yang berjumlah antara RM 3200.00 hingga RM 4000.00.
Melalui surat tersebut tuan/puan ibubapa penjaga bolehlah menyalurkan sumbangan melalui surat balasan yang disertakan dengan surat edaran tersebut sekurang-kurangnya RM 10.00. Sebarang sumbangan melalui cek bolehlah disumbangkan melalui akaun PIBG sekolah di atas nama PIBG SRA BANDAR MALAWATI, No Akaun, Maybank Kuala Selangor 562133500101.
Sebarang sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment