Unit Kurikulum dibawah Perkembangan Staf telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bagi guru-guru SRA Bandar Malawati. Idea ini tercetus bagi mengukuhkan lagi kemahiran guru-guru dalam menguruskan jenazah. Kursus ini juga mengandungi 4 siri. Siri pertama telahpun diadakan pada 19 April 2012, manakala siri 2 akan diadakan pada 25 April 2012, siri 3 09 Mei 2012 dan siri 4 iaitu siri yang terakhir pada 23 mei 2012. Kursus ini juga turut dihadiri oleh guru-guru dari SRA Seri Tiram Jaya dan SRA Ujung Permatang.
Guru yang menyampaikan ceramah Pengurusan jenazah ini ialah Ustazah Hajjah Masinah Binti Manap. Beliau merupakan bilal mengurus jenazah bagi jenazah wanita untuk kariah Masjid Kuala Selangor serta sering menyampaikan syarahan agama untuk jemaah wanita di sekitar Kuala Selangor.