Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya

Tuesday 10 March 2015

Selamat Datang Prasekolah JAIS Kuala Selangor ke SRA Bandar Malawati

Bermula Januari 2014 Prasekolah JAIS Kuala Selangor akan menjadi warga SRA Bandar Malawati dan tukar namanya kepada Prasekolah JAIS SRA Bandar Malawati.

Nama Sekolah

Prasekolah JAIS SRA Bandar Malawati

Alamat

Jalan Pendidikan, Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor

Visi

Pendidikan yang terbaik, berwawasan dan diredhai Allah s.w.t


Misi

Melahirkan murid yang berkeyakinan dari segi jasmani, rohani dan intelek serta boleh berdikari
bagi menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Misi dan Visi Baru SRA Bandar Malawati

Misi dan Visi Baru SRA Bandar Malawati

Misi

Memperkasa sekolah untuk membangun potensi individu kearah keterampilan berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.

Visi

"Membentuk insan yang berilmu dan berakhlak mulia serta diredhai Allah Taala"

Moto

"Ilmu-Iman-Amal-Taqwa

Monday 11 November 2013

Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Kecemerlangan Murid 2013




Dijemput kepada semua ibubapa/penjaga untuk hadir memeriahkan lagi Majlis Khatam Al-Quran & Hari kecemerlangan Murid Sekolah Rendah Agama Bandar Malawati tahun 2013. Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 November 2013 M bersamaan 10 Muharram 1435 H.
Hari    : Khamis
Masa  : 2.00 hingga 06.00 petang
Tempat : Dewan Sementara SRA Bandar Malawati
Perasmi: Ustaz Hainurin Bin Samsusah
              Penolong Pegawai Tadbir Agama (Unit Pendidikan Islam)
              Daerah Kuala Selangor

Thursday 27 June 2013

Hari Interaksi 2013

Hari ini 27 Jun 2013, Sekolah Rendah Agama Bandar Malawati telah mengadakan Hari Interaksi. Hari Interaksi merupakan hari dimana ibubapa hadir ke sekolah untuk menandatangani Buku Kemajuan anak-anak mereka sambil berbincang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.










Jerebu di SRA Bandar Malawati






Sunday 23 June 2013

Tindakan ketika Jerebu


SRABM Ditutup Akibat Jerebu

"Semua sekolah di Melaka, Putrajaya dan Kuala Lumpur diarah tutup pada hari ini' Kementerian Pelajaran.Utusan Malaysia

Maka dengan ini sekolah mengambil pendekatan menurut arahan tersebut dengan menutup sekolah pada hari ini Isnin, 24 Jun 2013berikutan Jerebu yang semakin teruk . Sekolah mengambil pendekatan tersebut kerana prihatin dengan bahaya jerebu terhadap kesihatan terutama bagi murid-murid sekolah. Setakat malam tadi bacaan IPU di Kuala Selangor adalah setinggi 112 dengan jarak penglihatan sejauh 3 km. IPU 100 hingga 200 menunjukkan bacaan IPU tidak sihat.

Diharapkan kesempatan hari ini dapat digunakan pada aktiviti berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran dan sebagainya dan kurangkan aktiviti diluar rumah. Ini kerana Jerebu amat berbahaya untuk kesihatan dan boleh mengancam nyawa. Sekolah akan dibuka semula pada selasa hari selasa 25 Jun 2013. 

Untuk rekod SRABM pernah menutup sekolah pada tahun 2005 untuk kerana pengishtiharan darurat kerana masalah jerebu yang mana bacaan IPU melebihi 500.