Bermula 23 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012 Sekolah akan mengadakan Ujian Prestasi Kali Ketiga sepertimana yang telah dijadualkan di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan 2012. Ujian ini merupakan ujian yang terakhir sebelum peperiksaan akhir tahun yang dijadualkan pada bulan Oktober 2012. Jadual juga akan diselaraskan mengikut jadual khusus untuk Bulan Ramadhan yang mana murid akan dibenarkan pulang seawal jam 5 petang.
Arahan waktu persekolahan tamat lebih awal ini adalah merupakan arahan dari Jabatan Agama Islam Selangor bagi memudahkan ibubapa dan guru-guru membuat persiapan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan ini. Oleh itu ibubapa diminta agar mengambil anak mereka dengan kadar segera setelah tamat waktu persekolahan ( Jam 5.00 petang) bagi mengelakkan murid pulang terlalu lewat.
Sekolah juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SRA Bandar Malawati. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita semua