Warga SRA Bandar Malawati Di Alam Maya
Friday, 22 June 2012
Perkampungan KAMIL Daerah Kuala Selangor
Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor akan menganjurkan Perkampungan KAMIL Daerah Kuala Selangor bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor. Program ini diadakan khusus untuk melatih pemenang Program KAMIL Daerah yang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Bukit Badong 19 Mei yang lalu.
Ia merupakan persediaan untuk peserta-peserta yang akan mewakili daerah ke Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Sekolah Rendah Agama Pekan Banting pada 30 Jun 2012. Program tersebut merupakan pertandingan mengetengahkan bakat kemahiran cara hidup Islam dikalangan murid-murid Sekolah Rendah Agama dan KAFA Integrasi seluruh negeri Selangor dan mencari yang terbaik dikalangan mereka.
SRA Bandar Malawati tidak ketinggalan melayakkan diri dalam pertandingan tersebut. Antara acara-acara yang diwakili oleh murid-murid SRA Bandar Malawati ialah acara solat jenazah, muhawarah, menulis khat dan kalam jamaie. Untuk makluman ibubapa, surat kebenaran ibubapa dan pelepasan dari sekolah kebangsaan untuk program Perkampungan tersebut telahpun diedar kepada peserta-peserta yang terlibat. Ibubapa juga boleh hadir untuk melihat bagaimana latihan dan persembahan setiap acara dijalankan. Program tersebut bermula jam 9.00 pagi untuk sesi latihan dan bimbingan dan disebelah petang bermula jam 2.00 untuk sesi persembahan dan ulasan juri.
SRA Bandar Malawati tidak ketinggalan melayakkan diri dalam pertandingan tersebut. Antara acara-acara yang diwakili oleh murid-murid SRA Bandar Malawati ialah acara solat jenazah, muhawarah, menulis khat dan kalam jamaie. Untuk makluman ibubapa, surat kebenaran ibubapa dan pelepasan dari sekolah kebangsaan untuk program Perkampungan tersebut telahpun diedar kepada peserta-peserta yang terlibat. Ibubapa juga boleh hadir untuk melihat bagaimana latihan dan persembahan setiap acara dijalankan. Program tersebut bermula jam 9.00 pagi untuk sesi latihan dan bimbingan dan disebelah petang bermula jam 2.00 untuk sesi persembahan dan ulasan juri.
Ujian Tilawah, Hafazan dan PAFA PSRA 2012
Untuk makluman ibubapa penjaga murid darjah enam SRA Bandar Malawati, bermula 19 Jun 2012 hingga 27 Jun 2012 sekolah akan menjalankan Ujian Tilawah dan Hafazan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun 2012. Ujian ini merupakan antara syarat yang perlu diambil oleh semua murid darjah enam yang mengambil peperiksaan PSRA. Manakala Ujian Penilaian Amali Fardhu Ain pula merupakan sijil sokongan kepada setiap murid lepasan darjah 6 bahawa murid tersebut telah diperakui melepasi kemahiran-kemahiran asas Fardhu Ain.
Setiap murid darjah enam dikehendaki menjalani ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Ujian ini tiada sebarang ulangan. Oleh itu ibubapa perlu memastikan anak mereka hadir pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah. Ini kerana sekolah perlu menghantar keputusan ujian tersebut sebaik sahaja ujian itu selesai dijalankan ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Kuala Selangor. Sebarang kelewatan akan menjejaskan keputusan akhir PSRA yang akan diumumkan November tahun ini.
Saturday, 16 June 2012
SRA Bandar Malawati Cemerlang Di KAMIL Daerah
SRA Bandar Malawati hari ini melakar satu lagi sejarah apabila berjaya merangkul Piala Sekolah Terbaik dalam Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Kuala Selangor yang berlangsung pada 19 Mei 2012. Piala Sekolah Terbaik ini merupakan anugerah yang julung kalinya diadakan didalam Program KAMIL Daerah dan SRA Bandar Malawati merupakan sekolah pertama yang memenanginya pada tahun ini.
Guru Besar SRA Bandar Malawati (tengah) dengan piala Sekolah Terbaik
Bersama Naib Pengerusi Zon Tengah (Kiri) dan GPK 2 SRA Bandar Malawati (Kanan)
Anugerah ini mengambil kira mata kemenangan samada johan, naib johan dan tempat ketiga yang paling banyak dimenangi oleh sesebuah sekolah. Maka SRA Bandar Malawati amat berbangga kerana dinobatkan dengan anugerah tersebut. Sekolah amat berbangga di atas kerja keras dan komitmen yang jitu antara para peserta dan guru-guru pembimbing berjaya mengharumkan nama sekolah di daerah Kuala Selangor sebagai sekolah yang digeruni dari segi penguasaan acara KAMIL. Syabas dan tahniah diucapkan.
Antara acara-acara yang diungguli oleh peserta sekolah ialah kalam jamaie, solat jenazah, muhawarah dan khat. Kejayaan ini mengulangi kejayaan pada tahun lepas yang mana sekolah kita telah mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara kalam jamaie, muhawarah dan khat.
Antara anugerah lain yang diungguli oleh sekolah ialah Naib Johan Zon Terbaik yang mana Zon Tengah mendapat tempat kedua dalam keseluruhan zon terbaik daerah dan piala tersebut diberikan kepada SRA Bandar Malawati selaku penyumbang mata terbanyak dalam Zon Tengah. Walaubagaimanapun masih terdapat satu lagi acara iaitu acara nasyid yang tidak dipertandingkan pada masa ini kerana akan dipertandingkan dalam Karnival Nasyid KAMIL Daerah Kuala Selangor pada 16 Jun 2012 di SRA Bukit Kerayong. SRA Bandar Malawati layak dalam acara nasyid lelaki dan perempuan.
SRABM Berjaya Melangkah ke KAMIL Peringkat Daerah 2012
SRA Bandar Malawati tahun ini menempa satu lagi sejarah apabila ramai peserta-peserta dari SRABM berjaya melayakkan diri ke Peringkat Daerah apabila berjaya mendapat tempat pertama hingga keempat di Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Kumpulan 1 di SRA Sungai Tengi Kanan pada 12 Mei 2012.
Seperti tahun 2011 format pertandingan pada tahun ini menggabungkan 2 zon untuk dipertandingkan di atas nama kumpulan 1 dan kumpulan 2. Walaubagaimanapun tidak seperti tahun lepas hari pertandingan adalah berbeza iaitu 12 Mei 2012 bagi kumpulan 1 yang terdiri dari zon utara dan zon tengah di SRA Sunga Tengi Kanan. Manakala kumpulan 2 yang terdiri dari zon timur da zon selatan pada 13 Mei 2012 di SRA Pekan Jeram. Untuk rekod SRA Bandar Malawati ialah antara 13 Sekolah Rendah Agama dan KAFAI yang berada di Zon Tengah.
Antara acara yang mana SRA Bandar Malawati berjaya melayakkan diri ialah acara nasyid, kalam jamaie, solat, marhaban, pidato, bercerita, khat dan hafazan. Peserta yang layak ini akan meneruskan perjuangan sekolah ke KAMIL peringkat daerah yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 di SRA Bukit Badong sebagai mewakili kumpulan 2, zon tengah dan tentunya mewakili sekolah. Kepada mereka yang tidak berjaya, kalah menang adat pertandingan, yang penting semangat untuk mengharumkan nama sekolah itu yang paling utama.
SRA Sungai Tengi Kanan
Subscribe to:
Posts (Atom)